nak memulakan belog, haruslah dimulakan dengan
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
salam sejahtera untuk semua... saya baru sahaja dalam bidang membuat kek dan memerlukan sokongan anda di luar sana untuk memajukan diri.. perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan sahaja dan proses pembuatan kek hanya dilakukan di dapur kecil (itupun menumpang rumah mak! hehe!)
saya sentiasa memastikan hanya yang terbaik untuk para pelanggan dan berusaha memuaskan hati pelanggan seadanya.. banyak lagi resipi, kaedah, teknik, penggunaan alat dan bahan yang perlu saya pelajari.. saya sentiasa cuba melakukan study samada secara pembacaan, net surfing dan mengambil kelas untuk mendapatkan hasil yang terbaik, semuanya untuk customer.
Insyaallah, anda bakal mendapat hasil terbaik dari saya.. jika tidak, maafkan atas kekurangan diri... saya masih dalam proses belajar.. membuat kek sebenarnya adalah hobby dan saya sangat suka melihat orang menjamu kek saya dengan rasa penuh kenikmatan! memandangkan beberapa teman sudah mula menempah kek, jadi saya rasa tak salah jika saya melangkah setapak lagi kehadapan.. tujuan saya bukanlah untuk menjadi 'orang kaya' atau 'jutawan' atau 'ahli perniagaan', tetapi minat saya yang mendalam terhadap pembuatan kek, terutama chilled cheese cake (non-baked cheese cake)
untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubung saya di talian 012-5581201 (syikin)
No comments:
Post a Comment