Followers

Friday, July 01, 2011

KESIBUKAN MELANDA

salam peepers!






tak sangka, lepas first trial buat apom polka dot ni, dapat banyak tempahan sampai tak menang tangan.. gambar2 di atas ni tempahan dari SMK langgar sempena kejohanan padang dan balapan pada 28 jun aritu.. apom yang di order adalah sebanyak 400 biji.. then, ada lagi 250 biji apom polka dibuat untuk memenuhi tempahan dari ipoh dan sekitar alor setar.. esok akan buat lagi 200 biji...

alhamdulillah, walaupun menjual apom polka dot ini hanya mendapat keuntungan berapa sen saja tapi bila melihat pelanggan berpuas hati dan memberi sokongan di facebook, sesuatu yang amat menyenangkan hati saya! oh ya! saya juga ingin memperkenalkan apom polka dot dengan inti srikaya! sedap!!!!

saya juga agak sebok kerana selain berusaha keras menyiapkan apom polka dot yang menjadi HOT ITEM sekarang (banyak produk terlepas peluang untuk diambil gambar kerana rush mengejar dateline), saya juga membuat piza sempena jualan HARI KOPERASI sekolah.. walaupun hanya 40 biji, tp sangap jugak nak tunggu doh naik dan nemnguli sampai terseliuh ibu jari! haha! alhamdulillah, mini pizza mendapat sambutan dan koperasi tersebut telah meng-order 100 biji mini pizza lagi sempena program LARIAN 1 MALAYSIA pada 2 julai ini..

semoga rezeki warga NAZA DELIZIA terus melimpah ruah!!! AMIN!

No comments: